i me i am

Tegakkan islam Dalam DiriMu

Menang

Salam alaykum semua!

Ini adalah entry random. Tak pasti akan berakhir di mana.haha.

Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk terus menghadapi tahun ketiga perubatan.Memang rasa best sangat subjek third year. ya lah, dah belajar applied medicine kan. Basics yg dah dipelajari waktu first dan second year memang sgt membantu.Rasa cam terer gila bila dapat recall balik first and second year punya syllabus tanpa perlu buka buku. Dan rasa lagi best bila lecturer puji; you are all excellent! Segala puji untuk Dia!

Semalam 18 oktober, ulangtahun hari lahir bonda tercinta; yang ke 54. Apa-apapun, mama tetap kelihatan muda. Bukan sy yg cakap, housemate sy pun tak percaya yg mama dah 54 dah =P. Saya berdoa kepada ALLAH, moga mama terus kuat menghadapi apa jua dugaan....

Jadi nak dijadikan cerita, semalam call klang. ucap happy birthday to you kepada mama. cerita2 pasal perkembangan diri.dan cerita jugalah tentang hal sy menang pertandingan buat video raya PERUBATAN.

respond pertama yg sy dapat pastilah Tahniah! Respond kedua; emi jangan asyik sangat dgn handycam tu,nanti terabai pelajaran pulak... sy senyum2 sambil mengatakan , 'baiklah mama!'

*sony dcr-sr87e. sy masih lagi memikirkan nama yang sesuai untuknya.apa ya....*

tak pernah terlintas untuk berasyik2 dgn handycam itu..(walaupun harga handycam itu bagi saya memang mahal juga lah, walaupun tak semahal SLR). Apa-apapun, sy jelas mengapa dan atas apa sy beli juga handycam itu.Bukan untuk dijadikan hak milik sendiri tetapi juga utk di'tajarrud'kan utk kepentingan lain. tak kisahlah,utk record prgrm persatuan ke, record daurah ke,record prgram2 yg best2. Jadi, at the end of the day, iA harapannya ialah banyak pihak yg dapat manfaat. Kalau nak guna utk diri sendiri aje, memang smpi bila2 sy tak terfikir nak beli handycam. baik simpan duit utk kahwin

Video raya yang menang hari tu, alhamdulillah. buat on-off-on-ff dalam selama 3 hari. Macam2 idea pada mulanya; nak ada budak perempuan yg berlakon tapi pakai mask H1n1 lah, nak g interview Dr. Hani House, nak suruh pakcik arab ni, pakcik arab tu cakap selamat hari raya dalam bhs melayu, nak suruh abu si kucing di syari' ismail sirri cakap eid mubarak la,dan sebagainya. Idea bercampur2, dan akhirnya terhasillah video tersebut.

Jzkk kepada roomate ku, fathy yang telah banyak membantu dalam menjana idea dan jadi pelakon dalam vid ni.akhirnya kitrg dua org jd terer gile buat vid guna windows movie maker (movie maker je pun.haha)(tapi fathy lagi terer la). tapi tak kisahlah, tu personal achievement tuh. at least skill dah bertambah. thnx banyak2 fathy!

terima kasih juga diucapkan kepada pihak PERUBATAN yang telah menganjurkan pertandingan. tanpa platform2 seperti ini,mungkin smpi skrg vids yg dicaptured oleh handycam sy akan terperap sahaja di dalam laptop. dan sy pun tak terpotentiate utk belajar buat video meskipun sudah diasak berkali2 oleh chep dan radin.

berbanyak2 terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli beit el-anonymous. aisyah,syila, fathy,radin- semuanya orang kuat BPP dan the zikr.so, diorg semua memg tak bleh masuk mana2 pertandingan yg dianjurkan time raya tu. sokongan yg diberikan amatlah dihargai.

ucapan khas juga kepada anisah shamilah yang merupakan org pertama yg menginitiate sy utk masuk pertandingan ni. Initiate dgn cakap 'aimi, masuklah pertandingan buat video tu' sbnrnya memg tak capai treshold. jadi sy memang berterima kasih sgt kepada milah yg lepas je cakap ayat seperti di atas, beliau terus menyumbangkan idea2 yg bernas dan menjadikan segalanya mungkin bagi saya. chewah! oh ye, tahniah milah, jadi pemenang tempat kedua utk kategori karya kreatif!

terima kasih juga kepada semua pelakon2 yg terlibat. harap korang semua happy lah tgk vid ni.(ye lah, ada keluar tangan and suku muka korang kan.heheh)

walaupun diakui jumlah penyertaan yang sedikit, (apa yg ak nak ckp ni..)
tapi apa-apapun sy hepi lah sebab menang.segala puji untuk allah.nervous2 naik pentas tau.huuu. tak tahulah video ni best ke tak.tak pastilah sebenarnya layak ke dapat penghargaan. tapi kira macam beginner juga lah kan.karang buat haibat2 karang, org tak caya pulak.

adakah saya sudah terlebih excited? sy pun tak tau.

oh, sy letak video tu di sini ya. tvperubatan dah upload video tu ke youtube dah =)









wallahua'lam.

Jiwang Mode

salam alaykum.

kelmarin sudah mula sesi kuliah tahun 3, tahun ni, dahsyat sedikit jadualnya. ada 4 jam straight, ada 6 jam straight,ada 8 jam straight, pilih aje nak yg mana satu.haha.

pun begitu,perasaan sebenarnya masih homesick.rindu sungguh bile teringat keluarga di klang.aduh,tiba2 sahaja bila naik tahun 3 ni jadi macam baru datang mesir pula...

setiap kali solat jemaah bersama sahabat beit el-anonymous, teringat solat jemaah di klang. bila dgr azan dari masjid boustan,terngiang2 suara baba (ayah) ataupun yusof melaungkan azan dan iqamah.kalau sy yg jadi imam, lagi-lagi lah....memang teringat mama,enon, efah,angah di rumah...rasa macam sy sedang jd imam kpd mereka pula. bila baca doa, teringat pd doa yg baba selalu baca, teringat pada yusof yg sudah terer jadi imam, tapi tak terer baca doa in arabic, teringat pd mama yg kadang-kala jadi imam,tapi sy yang kena baca doa....

lepas solat,lagi parah, bila nak salam dgn sahabat2, terasa riiiiindu sangat nak salam dan kucup tgn mama dan baba.cium pipi sekali,berserta peluk sekali.yelah, 3 bulan buat mcm tu setiap kali lepas habis sembahyang, mana tak rindu...teringat pd enon yg sepanjang 3 bulan asyik mengelak tangannya drpd betul2 dikucup sy (yg keluar bunyi tu.haha) .pastu gaduh2 (manja).hahaha.

baca quran pun sama.bila baca quran di sini,teringat mama,baba di sana.rasa macam mereka ada di hadapan sy,mendengar bacaan sy;last2 menangis tersedu2 lah sy di sini...membetulkan tajwid, makhraj baba. ajar mama maksud2 ayat quran yg simple2 (yg ada kaitan dgn bhs melayu).teringat makcik-makcik geng tadarus kat surau sepanjang ramadhan.diorg semua kata sy baca quran best,tajwid betul,makhraj pun diorg byk belajar dari dgr bacaan sy, selalunya akan suruh sy baca byk2 page(tak aci betul).sy pun kagum dgn mereka, tua2 pun hari2 dtg ke surau, 4 jam sehari tadarus sama2.

bila tengok quran sy,teringat pada adik-beradik di msia.efah,yusof sy beri quran terjemah yg berzip tu.hepi betul masa mereka dpt quran tu.yusof yg macho tu pun terjerit kesukaan. utk enon dan agah sy bg yg up sikit.Moga mereka akan selalu mendapat manfaat dari quran terjemah itu.ameen.cuma tak hadiahkan mereka sticky flags haritu...terlupa pula...

setiap kali hari ahad (baru 2 kali ahad sy di cairo),teringat pd ustaz rosman. ustaz tu mama jemput dtg ke rumah, untuk bg pengisian 2 jam bersama kami sekeluarga.kalau ada ber-4, berempat lah.kalau adik2 di asrama dan kakak2 di kl pulang ke rumah, penuh lah.banyak yg kami pelajari, hukum fiqh, teguran berhemah ustaz rosman tentang aurat dan sebagainya. kadang2 (ke selalu?) sy mengantuk,lepas tu kena cubit dgn mama. yusof pun sama.haha.bukan apa,mama kata every month dapat duit from 3 org anak yg dah kerja, daripada guna utk benda lain,baik jemput ustaz datang ke rumah, dapat sedikit pulangannya semula pd kami adik-beradik.

di beit anonymous, kami ada carpet, tapi takde carpet khas utk solat.cuma ada sejadah sahaja. di klang, ada tikar khas utk solat, so rasa bersih lagi lah kan.lepas ni nak pegi cari tikar khas, bentang waktu nak solat jemaah saje.

hari tu aisyah buka puasa,itupun alahai...teringat pd mereka di klang.sedih,rindu....lantas sy minta aisyah buka puasa ala kadar je,kemudian solat dulu then baru makan.
sebulan ramadhan di msia, sebulan itu lah kami buka puasa dgn tamar dan air zamzam sahaja.ustaz rosman kata afdhal buka puasa dgn tamar dan air yg belum dimasak.ada jugalah cuit2 sedikit nugget atau cekodok, tapi nanti mama akan ingatkan,'jangan langgar perjanjian ye!'kemudian solat maghrib, baru makan nasi. sambil tu tengok Buletin Utama.by 8.15 gerak2 pegi surau solat tarawikh...aduhai hati, berhentilah merindu berlebih-lebih ni.....

saya merindukan segala-galanya tentang keluarga saya....yelah,siapa yg tak rindu kan...

mungkin sesetengah orang dah biasa dgn keadaan2 di atas, dilakukan bersama keluarga sejak bertahun-tahun-tahun dahulu, tapi tidak bg sy. summer break lepas adalah yang paling bermakna...yang pertama yang paling bermakna. masa di malaysia,tak rasa sangat, tapi bila smpi di sini,aduhai,memang sentiasa dalam ingatan.....

paling bermakna sebenarnya, bila ibu saya beri kebenaran utk ke program2 dan daurah2.walaupun bukan semua, tapi sy tetap memang sangat bersyukur.memang tak dinafikan, sy tahu ibu berat hati juga. tapi sy sentiasa berdoa, moga2 ada ganjarannya juga dari ALLAH buat mama...semuanya untuk mama dan baba juga...

sy pun tak tahu,kenapa ntah ,waktu2 dhuha ni memang jiwang2 agaknya.meleleh2 air mata tak tentu pasal. patutlah ALLAH pilih waktu dhuha utk pujuk Nabi Muhammad saw waktu kafir Quraisy tuduh nabi dah tak disayangi ALLAH.waddhuhaa. demi waktu dhuha!

ALLAH,ALLAH, kuatkanlah hambamu ini ya allah....

yang pasti,tugas masih banyak.banyak sangat.terlampau banyak.
semoga kita semua dapat laksanakan semua tugas dgn sebaik mungkin.

(29:6)-baru ditadabbur waktu baca quran sbntr tadi,

"dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam"

Bak kata Ustazah Bahiyah dalam iklan 2minit safi sebelum start buletin utama sepanjang ramadhan tu,'anda buat, anda dapat!' .heheh.

wallahua'lam.

Khatam

Salam alaykum.

Ramadhan makin smpi ke penghujung. Makin nak khatam dah. Harapnya kita dah guna betul2 bulan Ramadhan ni. Sy pernah baca, ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini lah yg akan menentukan baik buruk amal ibadah kita di lain 11 bulan nanti. Moga kita (saya) dapat rasa perubahan itu, dan harap2 nya kekal juga dalam perubahan (cam lagu edCoustic pulak)

Satu amalan yg sy nak share; amalan baca al-Quran.

Anda dlm bulan ini, dah berapa kali khatam Quran? Sy sdg dlm cuti dari kuliah, jadi memang tak patutlah kalau tak khatam langsung. Khatam membaca, ya. Khatam membaca dan menghayati maksud,mungkin bukan 100%.

Apa-apa pun, sy akui, kalau sy sorang2, mungkin jadi liat sedikit. Nasib baiklah ada ibu-bapa dan adik-beradik. Seminggu pertama Ramadhan cuti sekolah kan, jadi alhamdulillah kami satu rumah dapat selesaikan separuh Quran. Lepas-lepas itu, cuma sy, mak, ayah dan seorg lg kakak sy yg mengkhatamkan.

Juga mengikuti mak ke tadarus quran di surau berhampiran rumah. Ada lah dalam 30 org. Dibahagi 2 kumpulan.Semuanya rakan2 mak sy(ada juga yg sudah bertaraf nenek2). 3 jam sehari. 6 hari seminggu. Dalam 2 minggu sudah selesai. Diadakan majlis khatam quran, dapat pulut kuning, rendang,sejadah dan lain2 mknn. Ada sesi fotografi juga. Semua pakai baju colour maroon.Seronok jugalah.

Kita membaca al-quran, kalau tak cuba difahami ertinya,macam mana ya?

Mungkin ibarat seorang pelajar JPA di Cairo, Mesir yg pergi melancong ke Tokyo, Jepun. Yang takde kenalan kat sana.Tersesat ke sana-sini, sbb tak faham langsung signboard kat jalan raya. Disuruh jalan terus, dibeloknya kiri. Disuruh ambil laluan ke utara, diambilnya laluan nun jauh ke selatan.

Mungkin juga ibarat seorang warga Bangladesh yg baru sahaja membeli handphone baru (buatan China), semangat2 lah nak pakai ni, lepas tu tiba2, bila tgk manual, dlm tulisan Cina?? Aisehhh, macam mana mau guna ini handphone daa?

Lantas, apa tindakan pelajar (dan warga Bangladesh) itu agak-agaknya?

Dek kerana keazaman yg kuat utk bersuka-suka di Tokyo Disneyland mahupun keazaman untuk menghubungi sanak-kaum-famili di Bangladesh itu , pasti mereka akan bermati-matian cuba utk memahami jugak segala tulisan di signboard mahupun dalam manual hp itu tadi.Tak kisahlah, bertanya pada orang lain ke, bukak kamus Jepun-Melayu ke.

Anda nampak kan di situ? Itu kisah mereka. Kisah kita pula bagaimana? Kita sbg MUSLIM.

Sbg seorg Muslim, kita kena try our best untuk cuba fahamkan al-Quran. Anda boleh mula dgn banyak cara.

Paling mudah,dgn baca Quran berserta terjemahan lah. Cuba cari yg kecil-molek.Yang bleh dibawa ke mana-mana. Baca satu page, n then baca terjemahnya pula. Ayat2 Quran banyak yg berulang2 sebenarnya. Contohnya tentang Syurga; yang dibawahnya mengalir anak sungai. Cnthnya tentang azab neraka; alim, syadid(yg pedih,yg dahsyat).

Lagi pula kebanyakan perkataan Melayu adalah berasal dari perkataan Arab.'alam,'ibadah,hidayah,sirat,nikmat,kufu,Ahad,insan,makhluk, qobliyyah, ba'diyyah dan banyak lagi. Makanya when there's a will, there's a way.

Tak dinafikan lah, yg ada basic Arab, biasanya memang akan lebih membantu.Tapi dgn syarat; mereka yg punya Basic arab itu mesti PUNYA keinginan utk cuba memahami ayat2 Allah tersebut.

Bila sudah FAHAM, mesti cuba AMALkan, kemudian mesti cuba utk ISTIQAMAH. Ini juga satu cara. Pernah diceritakan, para sahabat Nabi, setiap kali ada ayat Quran baru yg diturunkan, mereka akan menerima ayat tersebut, dan yg paling penting beramal sesungguh-sungguhnya dgn ayat tersebut sebelum mereka menghafaz ayat2 Quran yang baru. Masyaallah.

Dan perlu juga diingatkan di sini, terjemahan dan tafsiran al-quran adalah dua aspek berbeza. Terjemahan boleh kita baca, namun biasanya tafsir al-quran itu, perlu dipelajari dgn lebih mendalam. Tak kisahlah anda pergi kuliah ke, pergi Usrah ke. Apa-apapun, belajar tafsir al-quran memang sgt best. Lagi2 best daripada tgk movies sy rasa. Dah lah best, bermakna pulak tu.hmmm, when there's a will, there is a way, when u hv no will, that's why you are gonna say no way.

Mungkin entry ini akan ter'khatam' di sini.Doakan sy akan lebih rajin menulis,dan tidaklah menghabiskan masa dgn perkara yg sia-sia meskipun tidak mendatangkan dosa; tidur.

Wallahua'lam.

N.B: hari itu ada program Tadarus bersama Puteri Raja Selangor; Arafiah. Ada sekumpulan adik2 KISAS jadi penunjuk bacaan.Ada dalam 30 orang. Semuanya guna Quran kecil berserta terjemahan tu.Best sgt tengok. Cuma takde those sticky flags je kat Quran mereka. Oh ye, juga dah dapat berkenalan dgn junior yang bernama Nur Aimi binti Jamaludin.haha.What a coincidence! But havent told my teacher yet; that i'v actually met that girl.heheh.

bersama-sama

salaam alaykum.PEACE upon all of you.
PALESTIN.PEACE!

semua sudah maklum tentang isu PALESTIN. israel tu, tak taulah nak cakap camne kan.

meyaksikan bilangan umat islam yang terkorban hari demi hari,menyaksikan antara pemimpin tertinggi dan paling senior HAMAS , as syaheed nizar rayyan yg syahid 3 hari yang lalu, sy terus teringatkan ayat ini.

"dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang telah terbunuh di jalan ALLAH itu telah mati. Sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak mengetahuinya" (2:154)

wallahua'lam.hanya ALLAH sahaja lah yg lebih mengetahui.hanya ALLAH saje lah mengetahui ape bende yg mereka dpt nikmati di 'sana'.

sungguh, nikmat kat dunia ni kecik je.nikmat di akhirat sana jugak lah yg sgt sgt besar.

dan perlu jua kita ingat, seksaan kat dunia juga kecil. seksaan kat akhirat tuh nanti, kalo lah org2 ZIONIS ISRAEL tu tau ape balasan diorg kat akhirat sane,mesti diorg takkan berani punye nak ikut ape2 perintah ketua mereka tu.mcm laa dunia ni kecik sgt smpi kene serang satu tempat untuk dijadikan negara sendiri*big big sigh*

oh ISRAELIS , world is really of LITTLE SIGNIFICANCE, ok!

ada dua ayat dalam quran yg kite boleh renung jugak sbnrnye.

(8:63) maksudnya berbunyi begini:
"dan dia (ALLAH) yang mempersatukan hati mereka (orang yg beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka , tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka.Sungguh, Dia Maha Perkasa , Maha Bijaksana.


itu ayat quran,kata2 ALLAH yang berkaitan dgn org2 islam , yg beriman.

kita comparekan pula dgn satu lagi ayat ALLAH, yang berbunyi begini:

(59:14)

"mereka tidak akan memerangi kamu (secara) bersama-sama,kecuali di negeri-negeri yang berbenteng atau di balik tembok.PERMUSUHAN di antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu kerana mereka og2 yg tidak mengerti"

kita rasa mereka hebat *konon laa*.tapi sebenarnya itulah ape yg allah dah nyatakan dalam al-quran.





isu palestin itu adalah isu kita sebagai umat islam (ini adlah peringatan KHAS utk saya).


kerana di palestin itu ada masjid al-aqsa.masjid al-aqsa itu tempat mi'raj nabi muhammad.aqsa itu kiblat pertama umat islam.lagi, kita perlu sedar dan nampak, yang diserang-serang itu, adalah SAUDARA kita. kita boleh cakap satu dunia ni datangnya dari asal-usul yang sama, Nabi Adam, tak kirelah orang islam ke, orang yahudi ke.namun, mereka yang di Palestin itu, adalah saudara seaqidah kita. sama2 islam, sama2 puasa, sama2 tunaikan ibadah haji, dan yang paling penting, bertuhankan TUHAN yang sama, ALLAH s.w.t.

sama2 kita doakan mereka disana
sama2 kita infaqkan mana2 harta yang kita mampu
sama2 kita baca qunut nazilah setiap hari
sama2 BOIKOT!
sama2 kita usaha jadi muslim dan mu'min yang terbaik.
mana tahu, mungkin kita akan terlibat secara langsung dlm pembebasan palestin? kene sedia mental, fizikal dan rohani dulu lah kan, baru cerita tentang berjuang secara langsung di sana. paling penting, kene ade persiapan rohani yang sangat2 mantap *lawan movies *lawan lagu lagha*lawan selera mkn yg melampau2*lawan penyakit2 hati*lawan rasa malas*dan pelbagai lagi perlawanan2 lain yg kita tak setel lg*




*usaha semampu yang boleh! moral: jadikan exams yg bakal dtg ni sebagai medan jihad kita*

kita MESTI pastikan diri kita ada SYER dalam pemilikan itu!
wallahua'lam.

[entry bergambar] [dan bertulis]

salaam alaykum.
sedang study2 biochem, dgn iklim yg sgt lah sejuk,pulak tuh, baru lepas breakfast, makanya rasa mcm mahu TERtidur.hehe.

mengantuk2, tiba2 teringat pada novel2 sy di Malaysia. yg konon-kononnya tak dpt diangkut alik ke cairo lantaran berat kargo yg melampau2. (last2 kat airport, ade lebeh 8 kilo lg..cheh~).

gmbr2 ni semua adlh koleksi peribadi sy-dicaptured waktu cuti summer harituh.

novel yg paling sy minat ialah 1511H Kombat. rase2nye, dah rmi kot org yg bace. pemenang hadiah sastera utusan tahun bile ntah. first time sy khatam, waktu form 3 di maahad hamidiah. pinjam buku di perpustakaan. best. dan sgt best.




hari isnin ini, kita akan sambut tahun baru hijrah yg ke 1430H bukan?

tajuk buku ini adlh significant kpd tahun hijrah islam lah.1511H. latar masanya adlh 81 tahun dari sekarang.menceritakan tntg umat islam ketika itu.adanya pertubuhan rahsia yg membangunkan segala2nya- kelengkapan perang yg sgt2 berteknologi tinggi, adanya komander2 yg tinggi inteleknya dan sgt tinggi rasa perhambaannya dgn ALLAH, dgn segala strategi2 yg dirancang...i.A anda akan rasa bersemangat bila baca novel ini. satu perasaan yg hanya dpt digambarkan kalau anda bace novel ni je.




dan juga siri detektif indigo f.t ni ada 3 buah buku - 1.detektif indigo 2. ikan fugu, lukisan dan jimson 3.detektif indigo kembali. watak2 di dlmnye adlh sgt comel, sgt dekat dgn remaja. cara penyampaiann cerita juga adlh sgt best, kesimpulannye memg best laa.best sgt. tp tak cukup best utk menjadikan sy seorg pakar forensik suatu hari nanti. bukan kecenderungan saya agaknya. banyak juga istilah medic yg digunakan. contohnya dlm penggunaan dna replication. steps2nya, polymerase chain reaction (PCR), southern blotting dll, memang sy belajar dlm subjek biochemistry tahun lepas. namun, kalau anda bkan medical student pon, i.A boleh dpt tgkp laa teknik2 yg diceritakan dlm series ini.

juga tentang advencer si peniup ney yg menceritakan tntg seorang pemuda bernama sulaiman yg dijemput oleh golongan jin ke langit utk menyelesaikan masalah hedonisme yg melanda negara jin mereka itu.sgt berkias- dan sgt best!
sy tak reti mereview buku- makanya asyik tulis sgt best saje.haha~



tuhan manusia -satu novel yg sy tak sempat khatam waktu di msia.
surat2 perempuan johor- full dgn surat dan warkah2.
karbala- satu 'play' sebenarnya.juga tak sempat dikhatam.hehe.

sy ada baca review tntg saasatul ibad. dan kata org, buku itu penuh dgn syiah dan stuffs.hmmm..malas mahu memikirkan tntg itu. maka,sy ambil lgkh terbaik, tak yah baca buku tu.habis cerita.



ini juga adlh antara buku yg sy rindu gak.haha~ journal utk english 1119 kat kisas dulu. waktu summer break harituh, sy sempat tgkp gmbr journal ni.saje2. selalu belek2 dan bace entry ntah ape2 ntah yg sy tulis dlm jurnal nih


*those efah n enon in malaysia asked me to make an entry titled 'comel'. diorg kate buatlah title 'enon comel' ke.or 'epah comel' ke. but i decided to put this 'printscreen' as the COMELest pic ever!! (korang ni, mcmlaa takdek microphone nak ckp kan.malu2 lah tu.hihi.). i did answer to that 'sayang kamu!!' with a piece of paper written 'sayang korang jugak!!' but the pic can't be put up here lah kan..hehe*

i shall stop here. it's zohor already.
wallahua'lam.

eiddddd

salaam alaykum
salam eid adha. kullu sana wentum bittoiyyibin.(mcm dah terlmbt jek??huhu~)


eid adha tahun ni, alhamdulillah, disambut dgn gembiranya. beraya sakan. 3 hari berturut2 mkn daging unta, pening, tak tau laa camne nak ckp, rase cam dah hypertensi. peti ais kat umah, penuh dgn daging, tak tau bile nak masak.

masa raye nilah, masa utk berukhuwwah. pergi lawat kakak2 rumah selangor. mkn2 rendang,ketupat, kuah kacang, sate (maklumlah, diri sendirik malas nak buat). pagi raya, kami serumah mkn nasi tomato. shift utk melapah daging adlh pd waktu petang, maka lepas zohor lah kami menapak ke kompleks rumah negeri. teringat pula pada fustat tahun lepas(kami siap kene jage kambing ngn untaaaa tau..huhu~)

again,walaupun terlambat, salam eid adha buat semua.

semoga semangat kita utk berkorban bukan hanya sekali setahun sahaja.

smgt utk berkorban sbnrnya apply utk semua benda.

korbankan duit scholarship utk berkorban binatang waktu eid adha,
korbankan masa, idea, utk bermesyuarat dan anjurkan majlis korban persatuan(ohho..ini bukan kerja mudah tau..),
korbankan tenaga, utk sama2 melapah, menghiris, membersihkan,memasak,menghidang,
semuanya menuntut kita utk berkorban.

itu baru setakat masa hari raya korban, lain pula kalau utk hari2 yg lain.

korbankan masa utk tolong kawan study,

korbankan duit mane yg ada in case kalau2 kawan perlukan duit,

korbankan ape2 je laa...

ibadah korban,spt mana yg kita semua tau, bermula dgn peristiwa masa nabi Allah Ibrahim diberi perintah oleh ALLAH utk menyembelih anaknya sendiri,iaitu Nabi Ismail.

kalau kita telusuri balik,


nabi Ibrahim itu..

adalah nabi yg walaupun setelah sekian lama berkahwin dgn Siti Sarah, masih juga tidak dikurniakan zuriat,

nabi Ibrahim itu...

adlh nabi yg apabila beliau berkahwin dgn Siti Hajar, dan apabila beliau telah dikurniakan anak lelaki (Ismail), ALLAH perintahkan pula baginda utk menghantar satu2 nya anak lelaki dan isterinya itu ke tengah2 padang pasir yg gersang,

nabi Ibrahim itu...

adlh nabi yg apabila bertemu shj dgn anaknya (Ismail) itu, setelah bertahun2 tak bersua, ALLAH arahkan pula Nabi Ibrahim utk menyembelih anaknya itu.


kalau kite laa,mampu ke eh??nak sembelih sendiri anak yang kite dah lama sgt tunggu utk menjadi pewaris, dan yg kena kita hantar ke tengah2 padang pasir yg gersang?
hmmm..

tapi itulah Nabi ALLAH Ibrahim..


yang kalau kita telusuri salasilahnya,

nabi Muhammad itu berasal dari keturunan Ibrahim,

dan kita juga,

adlh dari umat Muhammad, cucu2 nabi Muhammad.

kita mesti usaha keras utk live up to that title. cuba utk contohi akhlak atuk2 kita.pemimpin2 kita ini.paling penting, mereka sbg Rasul2 ALLAH, pilihan ALLAH, (yg mane kita jelas, beriman dgn rasul2 ALLAH adlh salah satu drpd 6 rukun Iman)

ketahuilah,

betapa banyaknya doa yg Nabi Ibrahim dah mohon pada ALLAH utk kita, sbg anak cucunya ,
dalam surah Ibrahim, ayat 35-41.


antaranya,

"......jauhkanlah aku berserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala"
(kita tak sembah berhala secara direct,tapi dah settle betol2 nafsu kita? dibawa ke jalan allah, ataupun selain dari Allah?)

"ya tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yg tetap melaksanakan solat..."

hmm.nak share something pasal solat.
ok.
rukun solat, slps niat, yg wajibnya adlh baca al-fatihah.
al-fatihah itu, ayat paling awal sekali ialah , 'alhamdulillahirobbil'alamin' yg membawa maksud 'segala puji bagi ALLAH, tuhan seluruh alam'

kita banyak ucapkan alhamdulillah, thank you allah, syukran lillah,
bila2 masa, di mana sahaja,
cnth, bila terlepas dari bencana, bila dipermudahkan urusan dll.
tak kurang juga manusia yg kita tgk, bila berterima kasih sesama manusia, jd melampau2,
cnthnya, betapa ter'ruku'nya org2 jepun bila mrk mahu berterima kasih, betapa 'sembah patik harapkan diampun' dlm istiadat org melayu, hatta betapa 'menyentuh tapak kaki menangis2' orang 2 india (cam dlm cite hindustan tuuu)

tapi bila dgn TUHAN yg supplykan semuaaaaa benda yg ada kat atas dunia ni utk kita??
ape jadi??

dan bila kita lakukan perbuatan syukur itu dalam solat,
kalau boleh, kita lahirkan semuaaa rasa syukur kita pada ALLAH,
TAPI,kalau rase cam tak bleh,
cuba utk dapatkan satu rasa syukur ini dulu,
iaitu;
terima kasih ALLAH, kau telah bagi aku kekuatan utk solat kali ini.
i.A solat itu, kita akan rasa bestnye,
dan silap2 haribulan, blom masok waktu pun, kita dah ada dpn sejadah,menanti utk solat(but not to d extent,blom masuk waktu dah solat laa.huhu~)
sori.terlari tajuk sikit.dari n.ibrahim termasok pasal solat pulak.hehe.
takpe2,sharing is caring.

mari sama2 kita cuba utk buat yang terbaik! (khasnya kamu, wahai aimi)

target kita sbg org muda: utk pastikan ISLAM itu berada di tangga teratas dalam dunia. bukan diinjak-injak cam tak berharga.
ingat!: utk dptkan dunia, ada sama ada dua cara shj. yg pertama, dgn menjadi seISLAM-ISLAMnya. ataupun pilihan yg kedua yg ada, jadi seKAFIR-KAFIRnya (macam yang Bush buat.serang sana, serang sini) (oops,skrg sudah obama,kita tgk lah camne..haih~) . naudzubillah dari menjadi yg kedua. jadi, nak tak nak, MESTI usaha jadi golongan yg pertama.

Wallahua'lam.













*darah2 binatang2 korban yg mengalir2 kat jalan2 kat sekitar mesir.tu jek yg sempat di'shot' oleh cybershot sy* bermakan-makanan di rumah wafaa n the gang before ke ARMA, jkkk semua!* berhari-raya kedua di ARMA. anjuran PERUBATAN* activity pada hari raya ketiga. sgttt best. takdelah party sgt pon.tulis je lbeh.tapi indeed sgt best.ni lah event yg aisyah n syila conduct tu..best...( buat gaya upin n ipin)..hehe..oh ye, sape nak tau tulisan sy??tulisan sy yg kat board tu lah.haha~*

thyroid gland(tajuk semata-mata)

Salaam alaykum.

Maka,hari ini,hari khamis, bermulalah cuti seminggu saya. Cuti eid adha. PERUBATAN bakal buat sambutan, pada hari raya ketiga. Khabarnya, tahun ini, 4 ekor unta dan 14 ekor kambing insyallah akan dikorbankan. Masa cik radin aka ajk promosi dan pengiklanan utk raya haji tahun ni buka tempahan utk buat korban dan awal2 lg beliau dah warning, tempahan adlh limited, saya buat endah tak endah, dalam hati, nanti2 lah (sdgkan memg ada niat utk berkorban). Last2, lepas 2-3 hari tempahan dibuka, ada pula pengumuman – tempahan telah di TUTUP. Adoiii~. Tp dlm hati, kagum juga dgn ahli2 perubatan. Berlumba2 mahu spendkan duit jpa or mara utk laksanakan ibadat korban. Alhamdulillah.

Banyak juga benda yg berlaku these past 2 weeks. Oh ye, title entry ini ialah thyroid gland kan??
Makanya, apabila sy pulang dari lecture sbntr td, spt biasalah, men’stapler2’kan notes . Dan, notes anatomy yg di staplerkan sbntr td adlh notes ketiga sy tntg THYROID GLAND – yg masing2 dipelajari dlm 3 lectures yg berbeza dlm 3 subjects yg berbeza.haha~. Integrated betul laa blaja medic tahun 2 nih.
Sedikit gmbr utk anda.

*3 in 1 bak kata orang*


Oh ye, sy ni tak rajin buat notes lepas habes kelas,makanya, time lecturer ajar, sy tak bukak buku, just salin dlm a4 paper. Lepas balik rumah,aktiviti conteng2 buku pon bermula. Dan juga, tujuan utama salin notes adlh utk elakkan aktiviti ‘melayang2’ dlm class.hihi. bak kata chep, melayang2 physically(kepala terlentok2) dan juga melayang2 mentally (fikiran takdek dlm class). Adoiii~

Secara ringkasnya, thyroid gland atau kelenjar thyroid ini adlh satu gland yg berbentuk rama-rama . terletak di hdpn esophagus (salur pernafasan kita). Gland ini akan mengeluarkan hormon; yang dinamakan thyroid hormone.
Dlm subjek histology: saya dpt lectures tntg sel2 yg membentuk gland ini dan bagaimana thyroid hormone dihasilkan. Masa practical class, kene tgk thyroid gland bwh microscope, n then kene lukis.(ingatkan nak tunjuk drawing sy yg sentiasa cantik tu, tp rupe2nye tak lukis lg.heheh)

Dlm subjek physiology: lectures diberikan oleh dr.madda (doc yg selalu extendkan class sejam jadi 2 jam.huhu~). Bljr bagaimana thyroid hormone diangkut dlm badan.Belajar tntg apa fungsi thyroid. Byk lagi. Mungkin agak ‘medical’ utk diterangkan di sini. Salah satu unsur yang penting utk hasilkan hormone ini ialah iodine- yg kita dpt dari mknn laut. Hormone ni penting utk tumbesaran; physically,mentally, dan sexually.

Dlm anatomy pula: bljr exact position of this gland, kat mane. Relations die dgn othr structures ( saraf, salur darah, etc).

Dan kesimpulannya: sy cinta blaja medic!

Oh ye, hari jumaat lalu saya ke qal’ah (kubu) salahuddin al-ayubi. Alah, salahuddin yg terer tu. Yg org barat panggil as saladin. Yg bebaskan palestin dari tgn org kristian (mase zaman abbasiyah ; long2 time ago).
Kubu beliau ada byk sbnrnya. Di mesir shj sudah ada 3 buah ; di Cairo , di Alexandria dan juga di Taba (Sinai). Di Syria, di Jordan, ada lagi kubu Salahuddin al-ayubi. Hebat2. Memg RESPECT pada Salahuddin al-ayubi. Beliau walaupun asalnya bukan org arab , tapi as org ISLAM, beliau tahu ape yg perlu dibuat smpi boleh bebaskan sebuah Negara arab dari tgn kristian. Mungkinkah the next Salahuddin adlh dari kalangan org Melayu ?? (spt mana yg ft tulis dlm 1511H Kombat). Anything is possible.

Kubu di alex dan sinai sy sudah smpi (waktu winter tahun lepas). Yg kat cairo ni jugak laa yg baru smpi. Berpergian bersama rakan2 dan adik2 first year. Penat pusing satu qal’ah, tp to be honest, tak byk maklumat tntg salahuddin. Yg byknya cuma berkaitan dgn pemerintah2 mesir slps zmn salahuddin. Segala jenis pasha ada. But bila masuk kubu tu, sangat enough utk anda merasa, “wahhh, salahuddin dah buat byk sangat kubu utk perthnkan ISLAM, aku ni dah buat ape je laa ek?”. Sempat juga ber pre-departure dgn adik2, maklumlah, tak best lah kalo g jalan2, tp jiwa tak diisi dgn apa yg sepatutnya. ada satu entry yg menarik tntg salahuddin di blog rakan saya, anda boleh klik di sini
satu gmbr utk anda.(ohh,sy memg tak mashi edit gmbr..huhu~)

Ahad lepas,kami ke CICC (Cairo International Conference Centre). Ada seminar keusahawanan. Pada hemat saya, “ohhh, sgt lah tidak berkaitan dgn diriku yg insyaallah takkan terlibat dlm bisnes”. Namun pada akhirnya, sy sedar tntg tanggungjwb sy utk at least faham dan menyumbang (scr tak langsung) kpd ekonomi org Melayu dan yg lebih penting lagi, ekonomi umat Islam.
Dato’ Saifuddin Abdullah itu telah Berjaya mengubah persepsi sy. Dan akhirnya, sy stay di CICC smpi ptg (bukan utk majlis perasmian shj) dan sy mendapat input yg pelbagaiiiiii.

Input tntg taugeh. Taukenye adlh cina. Input tntg serbuk cili. Taukenye adlh india. Sedangkan yg banyak buat kenduri-kendara, dan menggunakan bhn2 ini, adlh Melayu.

Input tntg warga2 indonesia yg dtg bermigrasi di msia. Kata mereka: msia ini kaya. Di mana2 shj ada duit.bukti2 di bwh adlh diceritakan oleh seorg warga Indonesia yg dtg bekerja di msia, kpd penceramah dlm satu slot dlm prgrm di CICC.

#Bukti pertama: org msia,kalau keluar g pasar mlm, mesti at least ada rm10. Kalau ada 100 org kat psr, at least dah ada rm 1000. Tp kalau di sana, 100 org di pasar, half ada duit, dan half lg tunggu utk pasar habis, dan kutip sisa2 jualan.
#Bukti kedua: Di msia, barang yg berharga seringgit, tak akan ditawar2 lg. kalau di sana, seboleh2nya mereka akan tawar dan tawar. Dan juga kalau di sana, akan ada org yg pergi kedai, dan minta utk beli seULAS bwg putih. Cuba bayangkan, anda sanggup ke kalau mak suruh, pegi kedai, utk beli seULAS bwg putih?haha~
#Bukti ketiga: di msia, org tak berfikir sgt kalau nak beli brg.nmpk murah dan sedap jek, beli.cube kite amek batu-bata. Pecah2kan sikit, dan salut dlm tepung, goreng dan lepas tu, hias dgn bwg goreng, jual dgn harga seringgit. MESTI akan ada org yg beli punye .walaupun kalau kita ckp itu adlh bata goreng..haha(sounds like sedap kan??)

Maka, reflex balik diri kita (saya khasnya, dan juga anda semua)

Selasa lalu,ber ‘smart circle’ PERUBATAN. Di seafood restaurant, not bad.kami berbuka puasa di sana. seafood die ala2 msia juga.bersama kak sal (kak SC baru) dan juga ahli2 SC yg baru. Juga ber ’together gather’ pada malam yg sama =)

Spnjg minggu ini adlh 10 hari terawal dlm bulan zulhijjah. Kalender hijrii di blog ini sudah 6 zulhijjah. Kemuncak utk kita paling2 disunatkan berpuasa adlh pada 9 zulhijja (ahad).masih ada 3 hari lagi. Lakukan sedaya yg anda boleh!!!(enon dan efah di klang kate; ape laa emi ni. Dah nak dekat habes, baru nak tulis dlm blog.hihi)

Boleh rujuk surah al-fajr ayat 2. Kalau rujuk pada terjemah, biasanya ada nota kaki.
Terjemahan asal ayat itu ialah “dan demi malam yg sepuluh”. Ada yg berpendapat, 10mlm itu adlh 10 mlm terakhir bln ramadhan @ sepuluh yg pertama dlm bulan Muharam @ 10mlm terawal bln Zulhijjah.

Td di university, dapat sehelai kertas, diprint cantik,dalam bhs arab fusha , tntg fadhilat 10 hari terawal bulan zulhijja, tp termisplace pula.huhu~ Sempat baca sikit dan antara isi kandungannya, banyak2kan bersolat sunat,berzikir, bertaubat,berpuasa , dan bila mahu berbuka, jemputlah org lain sekali (eratkan ukhuwwah)

Oh ye, mahu promote di sini. Tntg edu.iluvislam. Merupakan salah satu subdomain iluvislam. Anda boleh klik button di bwh ini. Kalau belum jadi ahli, boleh la daftar. Menarik site ni. Cuma masih baru.Ada byk kategori artikel yg beri maklumat tntg pusat2 pengajian di dlm msia dan juga di luar msia. Jemput-jemput lah datang dan juga boleh sumbangkan artikel.


edu.iluvislam

To all ex-hamidians, saya baru shj hantar satu artikel tntg SMKA Maahad Hamidiah di edu.iluvislam.hehe. sy ni tak stay smpi form 5, ilmu pasal maahad pun tak banyak.kalau korang nak tmbh baik lagi, korang boleh make anthr new article, then kite bleh namakan articles tu as SMKAMH 1, SMKAMH 2 dan sbginye.hehe.

Cuti seminggu. Sudah ada plan. Bukan seminggu plan berjalan2 pastinye. Jalan sikit2 sudah laaa. Oh ye, diorg ni, rakan2 batch yg lahir bln 10,11,dan 12, mahu buat kenduri birthday diorg. Aisyah dan syila ketuanye. Plannya buat di rumah kami . moga semuanya berjln lancar.I like bende mkn2 ni.hihi.

Wallahua’lam.

*oh,entry ini pnjg juga ye. Tak pasti sama ada nak cover utk 2 minggu yg lalu ataupun spare kan utk minggu yg seterusnya.huhu~

Tarikh

Tentang Penulis

My Photo
Siti Nooraimi Jamaludin
Mounira, Cairo, Egypt
dalam usaha untuk menjadi yang lebih baik; terbaik.
View my complete profile

Cakap-Cakap


ShoutMix chat widget

Parameter

  • 1.Aqidah yang Sejahtera
  • 2.Ibadah yang Benar
  • 3.Akhlak yang Unggul
  • 4.Mampu Berdikari
  • 5.Luas Pengetahuan
  • 6.Kuat Tubuh Badan
  • 7.Mampu Melawan Nafsu
  • 8.Tersusun Urusannya
  • 9.Menjaga Waktu
  • 10.Bermanfaat Pada Orang Lain

Komen Terbaru

Grab This Widget

Followers